4 rutin awal pagi untuk "melawan" tanda penuaan


Ramai yang fokus untuk membuat beberapa rutin untuk mencantikkan kulit dan melawan tanda penuaan pada waktu malam (proses penuaan : kedutan, garis halus, jeragat, etc). Antara yang biasa diamalkan adalah minum Yogurt, sapu krim, dan urutan pada kulit, sebelum tidur.

Eh, mesti buat sebelum tidur ke?

 Ya, tak ada masalah untuk mengamalkan rutin tersebut sebelum tidur. Tapi, ramai yang tak tahu rutin yang boleh dibuat untuk kulit kelihatan lebih cantik dan menghalang tanda penuaan di awal pagi, bukan?

Mari, Mar kongsikan.


1. AMALKAN fruit smoothy

Rakyat Malaysia sudah terbiasa bersarapan dengan sarapan yang berat seperti Nasi Lemak dengan segelas teh susu atau kopi tarik. 

Nah, apa kata kita tukar budaya tu dengan mengamalkan fruit smoothy. Nutrisi yang terdapat pada buah bukan sahaja membantu memberikan kesegaran pada tubuh dan kulit, malah, antioksidan, Vitamin C, E dan mineral lain terbukti menghalang kedutan dan penuaan.

Mar pilih untuk mengambil Vitamin C dan Vitamin E setiap awal pagi. Bukan sahaja kerana inginkan kulit yang kekal cantik 6 tahun akan datang, tapi juga untuk mengekalkan badan yang sihat dan cergas.




2. GUNAKAN SUNSCREEN YANG SELAMAT

Sebelum keluar dari rumah, jangan lupa urutkan sunscreen pada kulit anda yang akan terdedah dengan cahaya matahari. Jangan lupa, punca utama kerosakan kulit adalah terdedahnya kulit dari UV matahari.

Gunakan sunscreen yang berkesan dan selamat dan mempunyai SPF 30 atau ke atas. Elakkan sunscreen yang mengandungi retinyl palmitate, retinol dan oxybenzonen kerana bahan ini juga boleh mengundang kerosakan pada kulit.

3. URUTAN WAJAH

Jika nakkan kulit yang tegang, kenalah rajin mengurut wajah. Selain dapat melancarkan perjalanan oksigen dan darah pada kulit, ia juga dapat menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit dan menganjalkan kulit.


Caranya, urutkan Serum pada wajah dan urutkan dari bawah dagu ke atas pipi dengan lembut.

Langkah kedua, urutkan dari pipi ke sisi dahi, dan yang ketiga adalah dari dahi hingga ke anak rambut. Fokus kepada bahagian ini, kerana bahagian ini adalah bahagian yang cepat berkedut.

4. MINUM AIR KOSONG

Jangan lupa untuk minum air kosong, ya. Tak guna juga jika dah amalkan semua petua di atas, tapi kuantiti air dalam badan tidak mencukupi.






No comments:

Post a Comment