Selain memberikan tenaga kepada tubuh badan manusia, ternyata vitmin B amat penting untuk kecantikan kulit dan tubuh badan kita bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung jari kaki! Menarik bukan?
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX
VITAMIN B1️⃣ / THIAMIN
Vitamin B1 berperanan sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan kelancaran aliran darah. Aliran darah yang lancar akan membawa oksigen dan nutrisi ke seluruh sel-sel tubuh dan sel-sel kulit. Hasilnya, kulit kelihatan "bertenaga", kelihatan muda dan sihat. Aliran nutrisi ke kepala juga meningkatkan pertumbuhan rambut yang sihat.
VITAMIN B2️⃣ / RIBOFLAVIN
Riboflavin merupakan vitamin B yang penting untuk kesihatan kulit dan mencegah keradangan pada kulit. Contoh keradangan pada kulit adalah jerawat dan jeragat. Riboflavin juga membuatkan kulit semakin lembut. Kekurangan vitamin B2 menyebabkan kulit kita mudah diserang keradangan.
VITAMIN B3️⃣ / NIACIN
Lapisan kulit yang paling atas dinamakan sebagai epedermis. Niacin berfungsi untuk mengawal kelembapan lapisan luaran kulit ini. Kulit kita akan semakin cepat menampakkan kesan penuaan sekiranya kelembapan pada lapisan kulit tidak dikawal. Sebaliknya, kulit kita akan mudah dijangkiti keradangan sekiranya kulit terlalu berminyak. Jadi, Niacin mengawal keadaan tersebut.
VITAMIN B5️⃣ / PANTOTENIC ACID
Punca serangan jerawat adalah pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit. Vitamin B berfungsi mengawal pengeluaran minyak. Vitamin ini juga penting untuk membantu pertumbuhan tubuh, menstabilkan hormon serta menghasilkan tenaga melalui pemakanan.
VITAMIN B6️⃣ / PYRIDOXINE
Vitamin ini berperanan sebagai penyeimbang hormon. Kekurangan vitamin ini menyebabkan hormon tidak stabil dan menyebabkan seseorang individu mengalami keguguran rambut.
VITAMIN B7️⃣ / BIOTIN
Berdasarkan kajian Swiss 1993, biotin adalah vitamin dan makanan tambahan yang perlu diambil untuk individu yang mengalami kerapuhan kuku. Biotin amat penting untuk kecantikan rambut, kuku dan kulit.
VITAMIN B9️⃣ / ASID FOLIK
Asid folik sangat penting untuk kecantikan rambut. Selain mencegah pemutihan rambut atau dikenali sebagai uban, asid folik berfungsi untuk menghitamkan rambut dan mencegah keguguran rambut.
VITAMIN B1️⃣2️⃣ / COBALAMIN
Vitamin ini berperanan untuk membentuk struktur rambut yang sihat. Menurut salah seorang profesor dermatology di Nassau University, kebanyakan pesakit yang mengalami keguguran rambut adalah pesakit wanita, dan punca utamanya ialah kekurangan vitamin B12 ini.
Dari manakah kita boleh mendapatkan sumber vitamin ini?
Sudah tentu melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta melalui makanan tambahan iaitu supplement.
Pilihan terbaik sudah tentu
TESTIMONI
Berminat untuk mendapatkan vitamin B Complex anda? Dapatkan hanya dari yang pakar. Saya telah membantu ramai rakan dan pelanggan untuk mendapatkan kulit yang diidamkan. Saya juga telah menjalankan beberapa kali MISI CANTIK dan MISI BEBAS JERAWAT.
Jadi, saya faham masalah dan kulit anda perlukan.
Hubungi saya 0148668003
Follow fb : health and beauty by Mar
No comments:
Post a Comment