Penyakit ini menyerang mana-mana sendi badan seperti sendi ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Antara "penyeksaan" yang dialami oleh pesakit gout adalah:
1. Penyakit gout kebiasaanya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
2. Sendi yang diserang menjadi sakit yang amat sangat, dan "bisa" kesakitannya sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
3. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
4. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
5. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
6. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.
7. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
8. Penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu apabila pesakit kekurangan air dalam tubuh, makan secara berlebihan, minum air beralkohol dan berkarbonat yang berlebihan, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
9. Cuaca yang sejuk membuatkan pesakit merasa seolah-olah seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.
Di bawah adalah contoh makanan yang perlu
dielakkan:
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
- Daging yang cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
Diet dan makanan yang disyorkan untuk pesakit gout:
- Buah-buahan segar khususnya ceri dan strawberi
- Sayur-sayuran segar, jus saderi
- Makanan yang tinggi b kompleks dan vitamin C
No comments:
Post a Comment