7 tanda kekurangan kalsium ini sering diabaikan

Osteoporosis sering dikenali sebagai "silent disease" atau penyakit yang menyerang secara senyap. Hal ini kerana "kerosakan" tulang berlaku tanpa gejala, sehingga tulang menjadi cukup rapuh.  Keretakan yang berkaitan osteoporosis diiktiraf sebagai satu masalah kesihatan utama oleh WHO. 

Pengambilan kalsium boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis.  Kekurangan kalsium adalah masalah kesihatan di seluruh dunia, terutama dalam kalangan wanita. Selain itu, kekurangan kalsium pada anak-anak dapat mempengaruhi pertumbuhan dan pembesarannya. 

Antara faktor kekurangan kalsium di dalam badan adalah kurangnya kalsium dalam pengambilan makanan, penuaan, kadar vitamin D yang rendah dan perubahan hormon dalam tubuh.

Ramai orang mengabaikan malah tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda kekurangan kalsium, sehinggalah masalah menjadi semakin parah. 

     1. Sakit otot dan kekebasan  

Kekurangan kalsium akan menyebabkan sel-sel saraf menjadi sensitif, dan menyebabkan kekebasan dan sakit otot. Selain itu, rasa "kesemutan" di tangan dan kaki juga terjadi atas alasan yang sama.

      2. Tulang lemah 

Kalsium merupakan mineral yang penting untuk menguatkan tulang. Tulang yang lemah dapat dilihat pada perwatakan dan kekuatan individu. Inilah sebabnya mengapa ibu bapa seharusnya perlu memastikan bahawa anak-anak mereka makan makanan yang kaya dengan kalsium untuk pertumbuhan dan pembesaran mereka. 

      3. Gigi yang lemah 

Kalsium adalah unsur penting untuk pertumbuhan gigi. Kajian pada tahun 2010 oleh American Journal of Medicine mencatatkan bahawa  kalsium dan vitamin D membantu menguatkan gigi dalam kalangan warga tua. 

     4. Mudah dijangkiti penyakit

Kalsium juga diperlukan untuk menjaga sistem kekebalan tubuh yang sihat, yang membantu tubuh melawan virus, bakteria, dan penyakit. Inilah sebabnya orang yang kekurangan kalsium lebih ramai yang mengalami gastrik dan alahan.

     5. Sukar menurunkan berat badan

Pengambilan makanan yang mengandungi kalsium yang cukup penting untuk berat badan yang sihat. Kebanyakan orang yang mengalami obesiti tidak mengamalkan pemakanan harian dengan jumlah kalsium yang mencukupi. Jadi, jika anda sedang berjuang untuk menurunkan berat badan, pastikan anda mengambil nutrisi yang mencukupi untuk badan kita. 

     6. Meningkatnya gejala PMS

Apakah PMS? Premenstrual syndrome (PMS) adalah masalah umum yang dihadapi oleh wanita. Kalsium mengurang dan mencegah PMS. Bahkan, kalsium membantu mengurangkan kekejangan dan gejala lain semasa tempoh "datang bulan".


     7. Insomnia

Insomnia atau gelisah tak dapat tidur sepanjang malam juga adalah salah satu kesan kekurangan kalsium di dalam badan. Sebelum tidur, kita digalakkan untuk minum susu suam kan? Tahukah anda, produk tenusu (yogurt, susu, keju) mengandungi tryptophan dan kasium yang menghasilkan melatonin yang berfungsi mengawal kitaran "sleep-wake" seseorang. Ia akan meningkat secara semulajadi pada waktu malam untuk kita tidur dengan nyenyak, dan menurun pada waktu siang untuk membolehkan kita bangun dan terjaga. 

Saya memilih -----






Tidak pasti cara pengambilan? Banyak persoalan masih berlegar di dalam fikiran? Hubungi saya:

No Tel / WA - 0148668003
FB - Mardhiyyah Md Sahmilin
Id Shaklee - 1256066

No comments:

Post a Comment