Aha!
Inilah dia! Kehadirannya akan membuatkan wajah kita kusam, kasar, tidak selesa malah mengakibatkan jerawat jika tidak dirawat!
Mari ketahui punca whitehead dan blackhead.
- Kurang minum air. Tidak perlu untuk saya huraikan lebih panjang tentang kebaikan air kosong untuk tubuh. Kulit kita memerlukan air yang mencukupi agar tidak menyebabkan masalah dehidrasi pada kulit. Apabila berlakunya dehidrasi, kulit akan menghasilkan whitehead, blackhead, jerawat dan lebih cepat menua. Jadi, pastikan meminum air yang banyak agar kulit sentiasa gebu dan sihat sepanjang masa.
- Penghasilan sebum yang berlebihan. Kulit muka yang sangat berminyak menghasilkan whitehead dan blackhead.
- Cuci muka dengan cara yang tidak betul. Whitehead terbentuk ketika minyak yang berlebihan, bakteri, dan sel kulit mati terperangkap di dalam pori-pori. Jangan cuba mencuci wajah dengan terlalu kasar atau menggunakan produk skincare yang mengandungi bahan kimia, kerana hal ini akan mengeringkan kulit. Walaupun mencuci wajah lebih dari dua kali kedengaran baik untuk mengurangkan minyak pada wajah, ternyata itu adalah idea yang teruk! Mencuci wajah lebih dari dua kali setiap hari dapat membuat kulit menjadi kering, dan menyebabkan minyak dihasilkan lebih banyak untuk mengimbanginya, serta menyebabkan munculnya whitehead yang lebih banyak. Tidak semua minyak tidak diperlukan bagi kulit. Wajah kita memerlukan sejumlah minyak dalam kadar tertentu agar tetap lembab dan segar. Mencucinya dua kali sehari sekadar membantu menghilangkan kelebihannya.
- Produk make up yang kurang sesuai. Make up dan produk skincare yang berminyak adalah antara penyebab tersumbatnya pori-pori.
- Hormon tidak stabil. Kebanyakan masalah yang berkaitan dengan kulit seperti jerawat, jeragat, dan kulit kusam serta blackhead dan whitehead ini berpunca daripada ketidakstabilan hormon.
- Pemakanan. Makanlah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air putih yang banyak. Pemakanan yang seimbang akan membantu meningkatkan kesihatan tubuh anda secara keseluruhan, dan akan terzahir melalui kulit anda yang mulus.
- Kulit kurang nutrien. Jangan tak tahu, kulit juga memerlukan nutrien.
a) Kawal paras hormon dalam badan anda
b) Tingkatkan antioksidan
c) Kembalikan kolagen yang menjadi asas untuk kulit yang sihat dan cantik
d) Gunakan pencuci muka yang mampu menghapuskan cela, menjaga, dan melindungi kulit
Mari hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi effektif cara untuk menghilangkan whitehead dan blackhead dalam kadar yang segera. iAllah, biasanya kesan psitif akan dapat dilihat kurang dari dua minggu!! Ayuh, takkan nak biarkan whitehead dan blackhead tu bertabur pada wajah, kan?
PERTANYAAN / ORDER :
Mardhiyyah 0148668003
No comments:
Post a Comment