Bismillah, dan salam aidil adha.
Risau dengan penampilan wajah semasa musim perayaan ini? Mana tidaknya, masa musim perayaan seperti sekarang, kita akan bertemu dengan sanak saudara jauh dan dekat yang datang bertandang. Takkan nak biar diri sememeh? Bila diajak berselfie, kita tak puas hati dengan gambar yang diambil. Mana tidaknya, gambar orang lain semua lawa. Gambar sendiri diibaratkan bagai cermin.
Ya, terlalu berminyak!
Dalam entry kali ini, ayuh kita lihat faktor yang menyebabkan muka berminyak.
1️⃣ FAKTOR PEMAKANAN
Berlebihan dalam pengambilan makanan yang tinggi lemak dan kolestrol akan menyebabkan kadar minyak dalam tubuh badan semakin meningkat. Kekurangan nutrisi dan vitamin juga menyebabkan kulit kita mengeluarkan minyak yang berlebihan.
2️⃣ KOSMETIK
Berhati-hati menggunakan kosmetik. Ada kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit. Memakai kosmetik yang tidak sesuai untuk kulit atau menggunakan kosmetik yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya akan menyebabkan kesan yang teruk kepada lulit kita.
3️⃣ GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
Gaya hidup yang tidak sihat juga menyebabkan kulit kita mendapat kesannya. Antara gaya hidup yang tidak sihat yang saya maksudkan adalah tidur yang tidak teratur, meminum alkohol, dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
4️⃣ FAKTOR KETURUNAN
Apabila ibu dan ayah atau salah seorang dari mereka mempunyai wajah yang berminyak, dan anda atau salah seorang dari adik beradik anda mempunyai wajah yang berminyak, ini bermakna, wajah berminyak terrsebut adalah disebabkan oleh faktor keturunan.
5️⃣ KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Masalah ini juga menjadi penyebab kulit berminyak. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada wanita, bahkan lelaki juga. Cuma, tandanya lebih mudah dikesan apabila seorang wanita sedang di dalam tempoh haid, atau menghampiri tempoh haid. Di dalam tempoh ini, biasanya wanita akan dapat merasakan minyak pada wajah dan kulit kepala berlebihan berbanding hari biasa.
6️⃣ STRESS
Dalam keadaan stress atau tertekan, hormon kita juga akan "ribut" dan tidak menentu. Hal ini menyebabkan minyak turut membanjiri kulit.
7️⃣ TERDEDAH CAHAYA MATAHARI
Terdedah dari sinaran uv juga akan menyebabkan kulit kita mengeluarkan minyak yang berlebihan. Seeloknya, gunalah sunblock yang sesuai dan selamat untuk melindungi kulit wajah kita.
Awasi kulit anda dari minyak yang berlebihan. Minyak yang berlebihan akan menyebabkan jerawat pula gemar menziarahi kulit anda nanti.
insyaAllah dalam entry akan datang saya akan sharekan cara mengatasi masalah kulit yang berminyak ini. Nak tahu sekarang?
Boleh whatsapp saya sekarang 0148668003. Saya akan share tips dan cara mengatasi masalah kulit berminyak kepada anda.
No comments:
Post a Comment